Get your own Digital Clock

Saturday, 31 May 2014

Bismillahirrahmanirrahim...
permulaan baru mungkin. sengaja membiasakan diri dengan dunia baru ni. yang lama? bukan lupa, tapi biarlah enak dikekalkan sebagai kenangan manis yang akan aku titip kemas erat dalam hati.
manusia.. macam ragam sebenarnya. aku sendiri masih dalam sesi 'PERKENALAN' dengan diri sendiri. bukan mudah menilai orang sebenarnya. kadang kala, kita sendiri tak mampu menilai tahap kemampuan diri kita. kita mengaku kita kuat, kita tabah tapi dalam masa yang sama kita menangis mengenang setiap kejadian yang berlaku. acapkali kita merintih sedangkan masa gembira kita sikitpun kita lupa untuk bersyukur dengan setiap pemberian. oleh demikian, Allah takdirkan ujian buat kita supaya kita sentiasa ingat bahawa apa yang kita ada bukan kekal milik kita selamanya. bersyukur... itu jalan terindah sebenarnya. samada sedang gembira, malah sedih juga kita selayaknya mensyukuri setiap apa yang terjadi. aku juga manusia biasa, kadang aku leka dengan godaan dunia. lupa, alpa. ya Allah... jauhnya aku pergi sampai satu tahap aku hanya berteleku di tikar indahMu ya Rabbi. aku bukan alim, bukan juga ustazah terpilih, tapi aku hanya seorang wanita yang tak letih memuji kebesaran Tuhanku. aku sendiri aku, banyak khilaf yang aku buat. yeaaaa.... aku akui tu. dan aku mohon petunjukMU, tunjukkan aku jalan lurus lagi benar buatku.. 
3 tahun aku dalam dunia yang, aishhhh sadis terasa. tapi itu bukan pinta aku. manusia leka. yeaaa manusia leka. dan Allah takdirkan dia yang serasa aku terindah. Muhammad Syamil Bin Zahari. satu nama yang kadangkala buat aku gila. SubhanAllah... jangan biarkan cinta aku pada dia melebihi cintaku padaMU ya Allah... Terima kasih Allah kerana hadirkan insan yang aku tak mampu tetapkan adakah dia jodoh ku. selayaknya aku hanya hamba Allah yang hanya mampu berdoa adakah dia takdir buat aku. adakah dia jodohku di Loh Mahfuz. adakah dia pemilik tulang rusukku. kiranya dia takdir Illahi buat aku, aku bersyukur. aku hanya merancang dan yang menentukan adalah Yang Maha Mengetahui mana baik mana buruk buat hambaNYa. dan setiap ketentuan Dia buat aku, aku redha. kerana Dia lebih mengetahu kebaikan serta keburukan setiap kejadian. selayaknya aku bersyukur kerana dia hadirkan insan teristimewa buat aku. andai sementara pun, aku bahagia.. terima kasih ya Allah... akan aku jaga kasih sayang ini sebaiknya. cuma... mahuku... bantulah aku menyayangi dia kerana dia adalah dia... terima kasih Ya Allah...

"Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam.. Bukan dari kepala untuk dijadikan atasan. Bukan dari kaki untuk di jadikan alasan. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat pada lengan untuk dilindungi. Dan dekat dihati untuk dicintai"