Get your own Digital Clock

Sunday, 15 June 2014

Amarah

ya Allah ya Tuhanku.
kenapa panas je hati ni... kenapa rasa nak marah je ni.. kenapa? 
ya Allah... jauhkan lah aku dari sifat begini...
tenangkan hati aku ya Allah.. 
lapangkan dada aku ya Allah...
buang sifat baran.. buang sifat amarah ni...
subhanAllah.... 
ampunkan lah aku.... 
aku mohon.... :(

Tuesday, 10 June 2014

Duit

bicara soal duit, suami isteri sedang bahagia pun boleh bermuram durja...
bicara soal duit, kawan sekatil sebantal seselimut pun boleh beralih tidurnya..
bicara soal duit, kekasih bercinta pun boleh porak poranda..
apatah lagi kita, manusia biasa..
tambahan yang belum bekerja tak punya ongkos mana datangnya.
sedih mungkin...
sang mantan, kau tak pernah sebegini. aku ngerti kau kekeringan wang, aku jugaaaa. mohon... bagi aku masa... secepat mungkin aku langsaikannya... maaf sang mantan, mungkin apa yang aku lakukan sedikit sebanyak menjejaskan persahabatan kita.
tak perlu terlalu, aku tahu apa yang harus aku lakukan...
terasa? sedih? menanges? yaaaa....
bagi aku masa... aku langsaikannya... 
mohon bagi aku MASA :/

Monday, 2 June 2014

Sesal Separuh Nyawa

tak tahu kenapa. adore sangat dengan lagu ni. dengar banyak kali pun takpe. siap bole meleleh air mata lagi tau. punya la feeling habes. mendalam kot maksud dia. jalan cerita dia tuh, fuhhh berpeluh.. *lap peluh*.
meh meh nak kongsi lirik dia meh... lagu ni singer dia Alyah. mmg fav singer aku laaaa... kena pulak dengan sore dia, mendalam habesss... 


bait bait lirik tersentuh jiwa diaaaa haaa...

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


kata Alyah.. lagu ni ada cerita sebaliknya... mungkin ada sikit berkait rapat dengan apa yang aku alami... sini meh nak ringkaskan cerita dia...

"menceritakan tentang seorang gadis yang meninggalkan jejakanya untuk jejaka lain. dan akhirnya menyesal dengan perbuatan sendiri. kemudian mengambil keputusan untuk mencari jejaka kesayangan yang di tinggalkan tu, namun apa daya, saat si gadis bertemu semula dengan sang jejaka, jejaka itu sudah punya hidup sendiri dan bahagia dengan insan baru. si gadis tadi simpan rasa hati dan pergi bawa diri...."

itu laaa ceritanyaaa....
selamat menghayati T.T

Andai..

saat aku lupa siapa aku, aku mohon..
ingatkan aku siapa Tuhanku..
saat aku lemah tak terdaya lagi , aku mohon..
bentuk aku bantulah aku dalam solatku..
saat aku tak mampu berbuat apa apa dengan diriku, aku mohon..
bantulah aku di kala aku mahu berwuduk..
saat aku terpejam lena tidur yang lama, aku mohon..
sedekahkan suratul Yassin sebagai ringan bebanku di akhirat sana.
dan andai aku pergi buat selama lamanya, aku mohon..
ampun kan setiap khilaf yang dengan sengaja atau tanpa sengaja aku lakukannya....

"aku cuma manusia biasa yang masih di peringkat mempelajari setiap kemanisan islam"

sebab Sayang

aku sendiri tak tahu either aku nak menanges, meraung or what else. aku pendam pendam dan pendam until hati aku koyak sangat. sangat sangat! mungkin benda ni bermula dari aku. salah aku. mungkin! tiga tahun aku bebas dari insan bergelar lelaki. dan sehingga december 2013, aku mula mengenali seorang lelaki yang bagi aku cukup 'sempoi' dan lebih manis kalau aku kata dia jenis yang menjadi idaman hati aku. bersahaja. dan kadangkala cukup menjenggelkan mata aku. but he nice to me. dan paling menyedihkan, he's to young for me. 3 tahun jarak beza kami. awal... aku cuma bersikap lebih kepada adik kakak. but, since when aku sayang dia, aku sendiri tak sedar. and paling membahayakan situasi "sayang" tu bila Ex aku mula jauh dari aku. aku tak salahkan Ex aku sbb bagi aku, benda ni turut berpunca dari aku. saat aku masih bergelar kekasih dia, aku berani tanpa segan silu keluar dengan "dia" yang baru. sampai satu tahap, aku sendiri mohon berpisah dengan sang kekasih kerana bagi aku, apalagi perlu dipertahankan hubungan yang seolah retak menanti belah. cukup sampai di sini. dan aku mohon pergi. aku sedar, permintaan aku adalah satu petir kilat buat sang mantan. marah? ya... serasanya cukup puas aku di maki. aku tak kisah. malah sikit pun aku tak endah saat sang mantan mohon aku kembali. bagi aku, "dia" everything. aku sayang dia, dan aku yakin dia turut sayang aku. yakin aku sehingga aku membawa diriku ke lembah derita. 
maaf... aku kalah dengan airmata..
setahu dan serasa aku, perasaan cinta mula mekar saat "dia" mengambil serta membawa ku ke pesta tahun baru. aku mula rasa di sayangi saat dia mula berani melindungi aku. cukup di sayangi. cukup! dan saat itu aku menyimpan seribu rasa cinta. cukup banyak sehingga membatasi rasa cintaku kepada sang mantan...
sang mantan.. maafkan aku... 
dan sekali lagi aku rasa di cintai sementelah "dia" membawaku beriadah. tanggal 7 januari 2014 kalau tak ku lupa... manis.. aku rasa hubungan ini makin manis. dan kekal manis.. cukup sayang. sehingga aku lupa, dia punya kekasih hati. "menanges". demi sebuah rasa yang aku pendam, aku lari dari kenyataan yang selayaknya aku simpan. aku mula tebalkan hati, "dia single". 
dan sehingga 11 mac 2014, hari yang cukup buat aku bahagia. sangat bahagia. "dia" dengan sendirinya mengakui, dia tak punya sesiapa dan paling membahagiakan, "dia" mengakui yang dia turut menyayangi aku. indahkan hidup bila ada yang sayang. dan org itu adalah org yang kita sayang dalam diam. dalam hati, "yaaaa kau ku punya". aku bahagia.. sebahagia insan bercinta di luar sana...
12 mac 2014.. first date mungkin.. aku, dia.. kami menjelajah seluruh penang yang menjadi saksi betapa bahagianya insan yang sedang di lamun asmara. sungguh.! aku gembira. sekejapan genggaman tangan dia tak lekang dari aku. erat! rapat! seolah genggaman tangan tu menceritakan betapa dia turut menyayangi aku. "senyum".. aku memberanikan diri bersoal sendiri dengannya, sejak kapan dia mula menyayangiku. dan jawapan nya sama sepertiku. seawal tahun baru. sama hari aku mula menyayangi dia. "kami serasi" 
saat itu, kami mula nerinteraksi jarak jauh. aku di grik, dia di ipoh. kami jauh.! tapi, bagiku itu bukan faktor. cukup sekadar aku setia mencintai dia, dan dia sepertiku juga. hari demi hari berganti. dan aku diistiharkan bakal graduate pada tanggal 2 april. aku selesa memilih utk pulang ke ipoh lebih awal kerana aku ingin meluangkan lebihan masa dengannya..
ku pendekkan cerita... 
tanggal 30 mac 2014. mungkin ini kenangan paling "indah" buat aku. tersangat indah. aku bagai burung yang seolah patah sayap saat mataku tak lekang dari tertancap sepasang kekasih berjalan seiringan berdamping dimana pacar lelakinya lembut memegang bahu si gadis. dalam hati ku, "Ya Allah... kesayanganku". aku mula menangisi takdirku. apa..... putus rasa cintanya buat aku? ya Allah... ujian Allah tak mengenal siapa kita. dan aku mula tabah dengan setiap keputusan. aku gagahkan kaki ku berhadapan dengannya. dalam hati, ku gagahkan supaya takkan tumpah setitik pun airmata saat berdepan dengan nya. kerana aku yakin, aku sudah puas menangis. namun aku gagal. mungkin rasa sayang itu membatasi segalanya. aku kalah! aku nampak raut wajah dia yang tak lekang dari kata maaf... sang kekasih... saat mata aku melihat kemanisan kau, aku mula memaafkan mu. jangan bimbang... aku sudah memaafkan mu.
dan sehingga ke hari ini, aku masih menyulam kasih dengan dia. dia sentiasa ada. hari2 ada dengan ku. tapi... hati perempuan mana tak koyak.. nak percaya, aku tak pasti... cuma yang mampu aku katakan, aku menyintai. cukup menyintai cukup meyayangi. "senyum sendiri"
aku sendiri memilih utnuk berjauhan dengannya.. biar aku tak tahu apa terjadi. biar aku tak nampak apa2 pun lagi. cukup sekadar aku tahu, dia menyayangiku seperti mana aku turut menyintai dia. terima kasih untuk setiap bibit kemanisan yang ada. dan aku harap, hubungan ini tak melemahkan semangat aku yang allah pinjamkan sementara. andai dia jodohku, moga Allah tunjukkan aku jalan terindah. dan sekiranya dia bukan pemilik tulang rusukku, aku redha dengan setiap ketentuan Illahi. bagiku, jodoh pertemuan ajal maut adalah di tangan DIA sang Pencipta.. terima kasih andai hubungan ini hanya semntara. itu sudah cukup buat aku bahagia mengenali LELAKI.

"kau belajar lah tinggi melangit. kau punya PHD, Master, Degree, mahupun Diploma sekalipun, sampai bab cinta, kau insan paling bodoh di dunia" 

Sunday, 1 June 2014

REZEKI

alhamdulillah... 
apa yang dah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi banyak memberi aku kekuatan untuk teruskan kehidupan. bicara soal rezeki?  masing masing sebenarnya. sebaik perancangan Allah.. DIA lagi mengetahui mana baik mana buruk untuk hambaNya. ada yang dimurahkan rezeki wang berjuta, ada yang dimurahkan rezeki jodoh awal, rezeki anak ramai dan sebagainya... semuanya adalah rezeki masing masing. mungkin bagi pihak aku, allah rancangkan yang terindah mungkin.. aku ditakdirkan jodoh lewat bahkan tak punya anak. rezeki kerja juga belum terbuka, tapi aku masih bersyukur kerana allah murahkan aku rezeki untuk bersama keluarga tercinta. menghabiskan masa terluang mungkin. penat lelah berjauhan sementelaah menghabiskan sisa baki pembelajaran, dan akhirnya Allah bayar dengan rezeki aku bersama keluarga supaya aku lebih mampu menilai serta menghargai mereka sementelah mereka masih di depan mata. alhamdulillah syukur ya Allah.. nak dibilang tenang, aku tak setenang air di lautan. kadangkala berderai juga ombak menghempas. juga seperti aku. cuak sebenarnya memikirkan usia yang makin melanjut meninggalkan masa. bila mana aku masih berperang dengan saingan luar sana yang berpusu untuk meraih rezeki masing masing. 
cuma... selayaknya aku hanya mampu berdoa moga jalan buat aku ada. bukan aku tak usaha.. ada dan sehabis daya usaha yang aku taburkan. namun, peluang yang ada masih belum aku jumpa. mungkin belum masa. aku redha dengan setiap takdir Dia kerana Dia lebih mengetahui setiap perjalanan hidup aku. 

"Ya Allah Ya Tuhanku.
Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...
aku sebagai hambaMu yang kerdil mohon hidayah serta petunjukMU.. kau limpahkan lah segala rezeki yang ada. luruskanlah peluang yang bersisa buat hambaMu. Engkau tuhanku yang lebih mengetahui segala takdir jalan hidupku. andainya di Luth Mahfuz tertulis rezeki ku sepertimana yang aku hadapi ini, kau ubahkanlah ia moga rezeki yang ditakdirkan itu melimpah. moga aku diberi kesempatan yang ada untuk berbakti buat kedua orang tua ku sebelum aku mahupun mereka menutup mata. itu impianku... tunjukkan aku jalanMu ya Tuhanku... sesungguhnya.. Engkau lah tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Amin.. Amin.. Amin...
Ya RabbalAlamin..."