alhamdulillah...
apa yang dah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi banyak memberi aku kekuatan untuk teruskan kehidupan. bicara soal rezeki? masing masing sebenarnya. sebaik perancangan Allah.. DIA lagi mengetahui mana baik mana buruk untuk hambaNya. ada yang dimurahkan rezeki wang berjuta, ada yang dimurahkan rezeki jodoh awal, rezeki anak ramai dan sebagainya... semuanya adalah rezeki masing masing. mungkin bagi pihak aku, allah rancangkan yang terindah mungkin.. aku ditakdirkan jodoh lewat bahkan tak punya anak. rezeki kerja juga belum terbuka, tapi aku masih bersyukur kerana allah murahkan aku rezeki untuk bersama keluarga tercinta. menghabiskan masa terluang mungkin. penat lelah berjauhan sementelaah menghabiskan sisa baki pembelajaran, dan akhirnya Allah bayar dengan rezeki aku bersama keluarga supaya aku lebih mampu menilai serta menghargai mereka sementelah mereka masih di depan mata. alhamdulillah syukur ya Allah.. nak dibilang tenang, aku tak setenang air di lautan. kadangkala berderai juga ombak menghempas. juga seperti aku. cuak sebenarnya memikirkan usia yang makin melanjut meninggalkan masa. bila mana aku masih berperang dengan saingan luar sana yang berpusu untuk meraih rezeki masing masing.
cuma... selayaknya aku hanya mampu berdoa moga jalan buat aku ada. bukan aku tak usaha.. ada dan sehabis daya usaha yang aku taburkan. namun, peluang yang ada masih belum aku jumpa. mungkin belum masa. aku redha dengan setiap takdir Dia kerana Dia lebih mengetahui setiap perjalanan hidup aku.
"Ya Allah Ya Tuhanku.
Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...
aku sebagai hambaMu yang kerdil mohon hidayah serta petunjukMU.. kau limpahkan lah segala rezeki yang ada. luruskanlah peluang yang bersisa buat hambaMu. Engkau tuhanku yang lebih mengetahui segala takdir jalan hidupku. andainya di Luth Mahfuz tertulis rezeki ku sepertimana yang aku hadapi ini, kau ubahkanlah ia moga rezeki yang ditakdirkan itu melimpah. moga aku diberi kesempatan yang ada untuk berbakti buat kedua orang tua ku sebelum aku mahupun mereka menutup mata. itu impianku... tunjukkan aku jalanMu ya Tuhanku... sesungguhnya.. Engkau lah tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Amin.. Amin.. Amin...
Ya RabbalAlamin..."
No comments:
Post a Comment