aku sendiri tak tahu either aku nak menanges, meraung or what else. aku pendam pendam dan pendam until hati aku koyak sangat. sangat sangat! mungkin benda ni bermula dari aku. salah aku. mungkin! tiga tahun aku bebas dari insan bergelar lelaki. dan sehingga december 2013, aku mula mengenali seorang lelaki yang bagi aku cukup 'sempoi' dan lebih manis kalau aku kata dia jenis yang menjadi idaman hati aku. bersahaja. dan kadangkala cukup menjenggelkan mata aku. but he nice to me. dan paling menyedihkan, he's to young for me. 3 tahun jarak beza kami. awal... aku cuma bersikap lebih kepada adik kakak. but, since when aku sayang dia, aku sendiri tak sedar. and paling membahayakan situasi "sayang" tu bila Ex aku mula jauh dari aku. aku tak salahkan Ex aku sbb bagi aku, benda ni turut berpunca dari aku. saat aku masih bergelar kekasih dia, aku berani tanpa segan silu keluar dengan "dia" yang baru. sampai satu tahap, aku sendiri mohon berpisah dengan sang kekasih kerana bagi aku, apalagi perlu dipertahankan hubungan yang seolah retak menanti belah. cukup sampai di sini. dan aku mohon pergi. aku sedar, permintaan aku adalah satu petir kilat buat sang mantan. marah? ya... serasanya cukup puas aku di maki. aku tak kisah. malah sikit pun aku tak endah saat sang mantan mohon aku kembali. bagi aku, "dia" everything. aku sayang dia, dan aku yakin dia turut sayang aku. yakin aku sehingga aku membawa diriku ke lembah derita.
maaf... aku kalah dengan airmata..
setahu dan serasa aku, perasaan cinta mula mekar saat "dia" mengambil serta membawa ku ke pesta tahun baru. aku mula rasa di sayangi saat dia mula berani melindungi aku. cukup di sayangi. cukup! dan saat itu aku menyimpan seribu rasa cinta. cukup banyak sehingga membatasi rasa cintaku kepada sang mantan...
sang mantan.. maafkan aku...
dan sekali lagi aku rasa di cintai sementelah "dia" membawaku beriadah. tanggal 7 januari 2014 kalau tak ku lupa... manis.. aku rasa hubungan ini makin manis. dan kekal manis.. cukup sayang. sehingga aku lupa, dia punya kekasih hati. "menanges". demi sebuah rasa yang aku pendam, aku lari dari kenyataan yang selayaknya aku simpan. aku mula tebalkan hati, "dia single".
dan sehingga 11 mac 2014, hari yang cukup buat aku bahagia. sangat bahagia. "dia" dengan sendirinya mengakui, dia tak punya sesiapa dan paling membahagiakan, "dia" mengakui yang dia turut menyayangi aku. indahkan hidup bila ada yang sayang. dan org itu adalah org yang kita sayang dalam diam. dalam hati, "yaaaa kau ku punya". aku bahagia.. sebahagia insan bercinta di luar sana...
12 mac 2014.. first date mungkin.. aku, dia.. kami menjelajah seluruh penang yang menjadi saksi betapa bahagianya insan yang sedang di lamun asmara. sungguh.! aku gembira. sekejapan genggaman tangan dia tak lekang dari aku. erat! rapat! seolah genggaman tangan tu menceritakan betapa dia turut menyayangi aku. "senyum".. aku memberanikan diri bersoal sendiri dengannya, sejak kapan dia mula menyayangiku. dan jawapan nya sama sepertiku. seawal tahun baru. sama hari aku mula menyayangi dia. "kami serasi"
saat itu, kami mula nerinteraksi jarak jauh. aku di grik, dia di ipoh. kami jauh.! tapi, bagiku itu bukan faktor. cukup sekadar aku setia mencintai dia, dan dia sepertiku juga. hari demi hari berganti. dan aku diistiharkan bakal graduate pada tanggal 2 april. aku selesa memilih utk pulang ke ipoh lebih awal kerana aku ingin meluangkan lebihan masa dengannya..
ku pendekkan cerita...
tanggal 30 mac 2014. mungkin ini kenangan paling "indah" buat aku. tersangat indah. aku bagai burung yang seolah patah sayap saat mataku tak lekang dari tertancap sepasang kekasih berjalan seiringan berdamping dimana pacar lelakinya lembut memegang bahu si gadis. dalam hati ku, "Ya Allah... kesayanganku". aku mula menangisi takdirku. apa..... putus rasa cintanya buat aku? ya Allah... ujian Allah tak mengenal siapa kita. dan aku mula tabah dengan setiap keputusan. aku gagahkan kaki ku berhadapan dengannya. dalam hati, ku gagahkan supaya takkan tumpah setitik pun airmata saat berdepan dengan nya. kerana aku yakin, aku sudah puas menangis. namun aku gagal. mungkin rasa sayang itu membatasi segalanya. aku kalah! aku nampak raut wajah dia yang tak lekang dari kata maaf... sang kekasih... saat mata aku melihat kemanisan kau, aku mula memaafkan mu. jangan bimbang... aku sudah memaafkan mu.
dan sehingga ke hari ini, aku masih menyulam kasih dengan dia. dia sentiasa ada. hari2 ada dengan ku. tapi... hati perempuan mana tak koyak.. nak percaya, aku tak pasti... cuma yang mampu aku katakan, aku menyintai. cukup menyintai cukup meyayangi. "senyum sendiri"
aku sendiri memilih utnuk berjauhan dengannya.. biar aku tak tahu apa terjadi. biar aku tak nampak apa2 pun lagi. cukup sekadar aku tahu, dia menyayangiku seperti mana aku turut menyintai dia. terima kasih untuk setiap bibit kemanisan yang ada. dan aku harap, hubungan ini tak melemahkan semangat aku yang allah pinjamkan sementara. andai dia jodohku, moga Allah tunjukkan aku jalan terindah. dan sekiranya dia bukan pemilik tulang rusukku, aku redha dengan setiap ketentuan Illahi. bagiku, jodoh pertemuan ajal maut adalah di tangan DIA sang Pencipta.. terima kasih andai hubungan ini hanya semntara. itu sudah cukup buat aku bahagia mengenali LELAKI.
"kau belajar lah tinggi melangit. kau punya PHD, Master, Degree, mahupun Diploma sekalipun, sampai bab cinta, kau insan paling bodoh di dunia"
No comments:
Post a Comment